apakah peranan mereka dalam arena politik negara kita?
adakah kerana kuasa semata-mata?
demi mendapat kepentingan projek yang berjuta-juta?
dan menggelap wang manusia?
atau
kerana amanah sebagai khalifah di muka dunia
demi kesejahteraan agama negara dan bangsa
membimbing manusia kearah jalan yang benar..
tepuk dada tanya selera..
PENDAPAT AKU TENTANG MEREKA ;
Tun Mahathir -->
Dulunya Presiden UMNO yang disegani di mata dunia.
Membawa Malaysia ke arena antarabangsa
Mengamalkan demokrasi orang kata diktator tua
Bapa wawasan 2020 tarikh Maju Malaysia
Pemikir masa depan yang berwibawa
Jasamu tidak akan kulupa
Kini keluar UMNO anak jadi YB pula
Tidak puas hati dengan Pak Lah yang berkahwin dua
Orang kata sebab pembatalan projek Mega
Tapi baginya tak nak lihat UMNO jatuh ke belukar
Walau apa orang kata terhadapnya
Ingat....dia Bapa Pembangunan Moden Malaysia
Pak Lah -->
Dulu dia menang besar pilihan raya
Kemenangan besar dicipta buat pertama kalinya
Memperkenalkan Islam hadhari memajukan Malaysia
Memajukan Pertanian fokus utama
Misi utama membanteras rasuah di kalangan pembesar dan rakyatnya
Dengan moto BEKERJA BERSAMA SAYA
Kini dia dikecam semua
Gagal dalam mensejahterakan negara
Aku pikir ini kerana amalan bersikap terbuka
Dan kelembutan yang luar biasa
Tapi ini bukan salah dia
Inilah keburukan demokrasi sebenarnya
Situ sini sana bebas cakap apa saja
Bila diambil tindakan kata mencabul hak asasi manusia
Sabarlah wahai pemimpinku yang tercinta
Dunia ini penuh pancaroba
Anwar Ibrahim -->
Dulu aku memang puja dia
Sikap pemimpin yang sangat berwibawa
Terbukti sejak menjadi pemimpin mahasiswa
Petah bercakap berdebat pun jangan lawan dia
Tapi kena tangkap buat benda luar biasa
Aku percaya ke tak yea....? Allah je tau jawapannya
Kena belasah sampai pecah muka
Adakah itu balasan tuhan yang maha esa??
Kini bebas dan jadi YB pula
Bukan itu saja tapi ketua pembangkang juga
Aku rasa dia kena 'manipulate' DAP durjana
Tak selesa dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
Cuba sedia upaya nak jadi ketua negara
Sampai cakap dengan melayu, cina dan india tiada serupa
Kalau yea pun nak ubah senario kepimpinan negara kita
Masuk UMNO dan jadilah ketua ( aku cadang saja )