Sunday, February 8, 2009

Katak si katak lompat






Perak..

Dulu..Anwar kata banyak YB BN akan lompat parti untuk membentuk kerajaan baru (16 sept pastu pospond 24 sept pastu senyap.......)

Masa tu baginya lompat parti dan bentuk kerajaan baru bukanlah masalah besar

Sekarang..apabila YB dia pulak yang lompat parti dan membentuk kerajaan baru di Perak, dia kata BN perampas, tak ikut undang undang, kerajaan tidak sah, tidak demokrasi kerana tiada pilihanraya dan macam macam lagi.

Inilah personaliti beliau.

Nak kenakan orang lain dengan menghalalkan cara tapi diri sendiri terkena dengan strategi yang beliau sendiri reka (lompat parti dan bentuk kerajaan baru).

Dengan itu saya reka pantun ini khas untuk Anwar dan karpal singh..

Lompat si katak lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Dulu kau pasang jerat,
Kini makan diri sendiri.

Lompat lah YB lompat,
Lompat keluar masuk parti,
Cepatlah Sultan cepat,
Cepat lah karpal singh dibuang negeri.