Thursday, January 8, 2009

Ke Arah Kejayaan

Salam semua..

Kejayaan...hurm...Sememangnya bukanlah mudah untuk dicapai...

Namun, kejayaan boleh dicapai sekiranya anda mempunyai strategi tersendiri. Izinkan saya disini untuk berkongsi cara untuk mendapatkan kecemerlangan.

Menurut pandangan saya, terdapat beberapa kaedah untuk mendapat kejayaan;

1. Luangkan masa sekurang-kurangnya satu jam dalam satu bulan untuk mengimbas kembali
aktiviti anda pada bulan yang sebelumnya. Disarankan analisis ini dilakukan setiap awal
bulan. Perkara yang harus dianalisis semula adalah;

a. Apakah sasaran anda dalam kehidupan?
b. Apakah yang anda dapat dalam sasaran anda?
c. Apakah usaha anda seharian untuk mencapai sasaran anda?
d. Berapa banyak anda belanja bulan lepas?
e. Senaraikan barangan yang anda belanjakan bulan lepas.
f. Berapa banyakkah anda bazirkan bulan lepas?
g. Apakah langkah anda untuk menguruskan pembaziran pada bulan ini.

2. URUSKAN MASA ANDA. SEMAKIN BANYAK MASA ANDA BUANG, SEMAKIN JAUH
ANDA DENGAN SASARAN ANDA. Pastikan setiap jam, minit dan saat anda dilakukan
untuk melakukan tugasan. Kebanyakan individu yang berjaya dan jutawan menggunakan
setiap jam, minit dan saatnya dengan melakukan kerja yang mendatangkan pulangan dan
memikirkan cara untuk mendapatkan pulangan.

3. BUAT SENARAI SEMAK TUGAS. Senarai ini mengandungi tugasan yang akan
dilakukan pada hari tersebut. Adalah disarankan senarai semak tugas dilakukan setiap hari
pada waktu pagi sebelum melakukan apa - apa tugasan.

4. JANGAN MENGIKUT EMOSI. Bertindak secara rasional dan tenang. Sebelum bertindak,
tanya pada diri, 'adakah tindakan aku ini boleh mendorong aku untuk mencapai
sasaran kehidupan aku ??'

5. HINDARI PEMBAZIRAN MASA.

6. URUSKAN KEWANGAN ANDA. Pada pendapat saya, insan yang berjaya menguruskan
urusan kewangan dengan baik adalah merupakan orang yang berjaya. Pengurusan
wang yang berjaya juga merupakan tanda awal kejayaan anda dalam hidup.



SELAMAT MENCUBA KAWAN - KAWAN..... :)

No comments:

Post a Comment