Tuesday, April 10, 2012

Asal Nama Kuching dan Sarawak


Salam. Umumnya kita tidak mengetahui dari manakah asalnya nama Kuching waima telah menduduki Bahagian Kuching selama beberapa dekad. Aku sendiri sebenarnya tidak pernah mengetahui mengenai asal usul nama tempat kelahiran aku ini sehingga kini berumur 24 tahun.
Ada berpendapat Kuching berasal daripada perkataan 'Gu Chin' yang membawa maksud pelabuhan. Nama ini sinonim dengan kewujudan bandar Kuching yang sememangnya terletak di kawasan sungai yang menjadi tali perhubungan pada suatu ketika dahulu.

Selain itu juga, nama Kuching sebenarnya diilhamkan daripada sebuah sungai iaitu Sungai Kuching yang mengalir dari Bukit Mata Kuching yang terletak di tengah-tengah bandar pada ketika itu (kini taman Letak Kereta/Bangunan Hasil). Walau bagaimanapun, Sungai Kuching yang terletak di antara Muzium Cina dan Tua Pek Kong (kini jalanraya) tidak lagi wujud pada ketika ini disebabkan telah ditimbus bagi tujuan pembangunan. Asal bagi nama Bukit Mata Kuching ini pula adalah berasal daripada pokok buah Mata Kuching (Longan/Laichi) yang tumbuh merata-rata di kawasan bukit tersebut.
 
Satu lagi fakta menarik, Kuching dahulunya dikenali sebagai Sarawak. Sarawak berasal daripada ayat 'Serah Kepada Awak' menurut hikayat Awang Atak Betatar atau Sultan Muhammad Shah, Sultan Brunei yang pertama. Setelah ketibaan keluarga Brooke, Sarawak dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan kehadiran keluarga Brooke meninggalkan kesan sejarah yang paling mendalam kerana berjaya memperluas dan membesar empayar Sarawak yang dahulunya adalah kepunyaan negara Brunei secara keseluruhannya.

Ooooooooooooooooo... baruk laa tauk tek.. hehe.

1 comment:

  1. mcm tu cite nye...........asal nama nie.bru sye faham

    ReplyDelete