Tuesday, April 10, 2012

SUSHI KING!! halal ke tidakk?

Salam. Masih terdapat dikalangan kita yang meragui status halal restoran makanan Jepun yang terbesar di Malaysia, Sushi King. Hakikatnya, Sushi King sememangnya tiada memiliki sijil Halal daripada Jakim dan tidak pernah memohon untuk disijilkan. Hal ini disebabkan oleh beberapa menu yang melibatkan penggunaan ALKOHOL dalam masakan. Alkohol yang dimaksudkan adalah 'MIRIN' iaitu sejenis alkohol yang digunakan oleh masyarakat Jepun dalam mengawet dan menghilangkan bau ikan pada makanan. Menu tersebut adalah; 
Senarai makanan yang mengandungi alkohol

1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice 
 3.Saba Misoni                                                                
4. Ikura

Namun, restoran ini TIDAK menyajikan hidangan berasaskan daging yang tidak halal seperti Khinzir dan sebagainya. Malah, sumber daging dan ayam dan barang masakan lain yang disediakan adalah berasaskan sumber yang halal yang terdapat di negara kita. Orang islam adalah disarankan agar memilih untuk menikmati sushi di restoran masakan Jepun lain yang memiliki sijil halal bagi mengelakkan daripada termakan menu seperti yang disenaraikan. Walau bagaimanapun, bagi penggemar Sushi King, anda tidak perlu khuatir dan bimbang sekiranya anda tetap memilih untuk makan di restoran tersebut (termasuk aku!). Anda perlulah peka dan tahu mengenalpasti menu-menu yang memiliki campuran alkohol bagi mengelakkan termakan makanan tersebut dan seterusnya menikmati makanan sushi kegemaran anda di Sushi King. Sekiranya kita mengunjungi restoran tersebut, jelas terpampang senarai menu yang dimasak dengan campuran alkohol. 
Unagi Kabayaki
 Saba Misoni
 Ikura
Unagi Slice
Sehubungan dengan itu, terdapat masyarakat yang masih memandang serong dengan kehadiran restoran Sushi King yang diwartakan oleh sebilangan masyarakat sebagai restoran yang haram untuk dikunjungi. Mari kita fikir sejenak, persepsi seperti ini adalah jarang - jarang sekali dikenakan ke atas restoran lain yang tidak mendapat sijil halal daripada Jakim seperti restoran yang menghidangkan minuman keras, hotel-hotel yang biasanya menyajikan makanan yang dimasak bersama wine merah dan sebagainya.


Kesimpulannya, bak kata orang Sarawak, sapa mok makan, makan! sapa sik mok nisik lah... Yang penting, baca Bismillah... hehe.

p/s : aku rasa sebelum aku tulis artikel tok aku pernah makan unagi slice dan ikura eh! sik sengaja sikpa.. hehe. baruk tauk juak bah.. dozo dozo..

No comments:

Post a Comment